Badminton Kalah...huuhuhuhu tak dapat balik rumah larh MR Thomas kan....
Erm pagi nih mama call...macam pelik jerk sebab dia tetiba tanya kami kat sini sihat ka tidak...ada kat rumah atau keluar...pastu tetiba dia nangis...cuak rasanya pepagi dengar orang yang kita sayang nangis...tanya punya tanya..mula2 dia tak nak jawab ...at last sambil nangis-nangis dia cakap yang dia mimpi kami accident dan tinggal kan dunia buat selamanya...teresak esak dia menangis...aku pun sedih bila dengar mama nangis...dah tu dia mimpi jam 3lebih pulak tuh,sebelum subuh...lepas mimpi macam tuh terus dia tak dapat tidur...fikirannya terganggu risau kan kami...kesian mama..mesti dia susah hati.
Seandainya benar mimpi mama tuh dan ini adalah luahan hati aku yang terakhir...aku nak minta maaf pada sesiapa jua yang aku kenali..maafkan salah silap aku sepanjang aku bernafas di bumi Allah nih..terutama pada suami ku AHMAD FUAD BORHAN...
Tapi andai di beri pilihan biarlah mama pergi dulu sebelum aku...bukan kerana faktor usia, cuma aku khuatir siapala yang sudi jaga mama andai kami pergi dulu...pada siapa bisa dia adukan kelukaan hati dan perasaan andai kami tiada..siapa akan sayang mama macam mana kami menyanyanginya...siapa yang bisa fahami setiap kesengsaraan yang mama harungi demi membesarkan kami...
No comments:
Post a Comment